Hanya OKT ketujuh kaitkan saya - Najib - Utusan Malaysia

Hanya OKT ketujuh kaitkan saya – Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, hanya orang kena tuduh ketujuh (OKT7) tiba-tiba mendakwa dirinya menawarkan RM3.5 juta melalui seorang pegawai penjara yang tidak dinamakan untuk mengaku membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais.

Katanya, sebelum membuat tuduhan, OKT7 juga pernah menuduh adik kepada Kevin Morais telah menawarkan RM2 juta kepadanya untuk mengaku membunuh Kevin Morais.

Sebulan sebelum itu, katanya, OKT7 juga mendakwa bahawa pakar patologi tentera, Dr. K. Kunaseegaran yang turut didakwa dalam kes telah menawarkan RM1.5 juta bagi mengaku membunuh Kevin Morais.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tuduhan OKT7 untuk melibatkan nama saya nampaknya sangat mengarut. Sebenarnya, pertama kali nama saya dikaitkan dengan pembunuhan Kevin Morais dibuat portal Sarawak Report yang mendakwa kononnya Kevin Morais dibunuh kerana dia terlibat dalam penyiasatan kes 1MDB (1Malaysia Development Berhad) ataupun SRC (SRC International Sdn. Bhd.).

“Pada masa itu, saya menganggap tohmahan Sarawak Report ini juga amat mengarut kerana ramai yang terlibat dalam siasatan untuk setiap kes. Tidak logik bahawa Kevin Morais seorang yang dijadikan mangsa tetapi ramai lagi yang menyiasat masih hidup, bukan?

“Oleh kerana pasukan propaganda Pakatan (Harapan) bekerja kuat dalam menanam kebencian terhadap saya, maka ramai termakan fitnah dan mempercayai yang saya terlibat walaupun tidak logik sama sekali,” katanya menerusi status Facebook, hari ini.

Beliau mengulas laporan agensi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang mengeluarkan artikel dengan menggunakan tajuk ‘Najib tawar RM3.5j jika mengaku bunuh Kevin Morais: Tertuduh’, hari ini.

Artikel berkenaan dikatakan turut digunakan oleh beberapa portal berita lain.

Tambah Najib, untuk makluman orang ramai, pada akhir Mei lalu selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull telah menafikan tanggapan umum bahawa pembunuhan Kevin Morais mempunyai kaitan dengan kes dana RM2.6 bilion dan SRC mahupun 1MDB.

Katanya, ini secara sangat jelas telah mematahkan fitnah dan tohmahan Sarawak Report. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini