Hamilton tempah petak pertama di Jepun - Utusan Malaysia

Hamilton tempah petak pertama di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUZUKA 6 Okt. – Juara dunia, Lewis Hamilton menempah petak utama pada Grand Prix Formula Satu (F1) Jepun, manakala pencabar terdekatnya, Sebastian Vettel sekadar berada di kedudukan kesembilan selepas mempamerkan persembahan buruk pada sesi kelayakan, sebentar tadi.

Lewis yang mendahului 50 mata di depan Vettel dengan lima perlumbaan berbaki musim ini, mengetuai Mercedes di barisan hadapan setelah mencatat masa terpantas 1 minit 27.760 saat (s), manakala rakan sepasukannya, Valtteri Bottas di kedudukan kedua (1:28.059s) dalam perlumbaan yang berlangsung di Litar Suzuka.

Ferrari pula terpaksa membayar harga yang cukup mahal apabila memasuki trek dengan menggunakan tayar yang salah pada sesi kelayakan ketiga. Kesilapan tersebut menyebabkan Vettel hanya mampu mencatat masa sepusingan 1:32.192s untuk memulakan saingan, esok dari petak kesembilan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seorang lagi pemandu Ferrari, Kimi Raikkonen berada di belakang Max Verstappen dari Red Bull (1:29.057s) setelah pelumba Finland itu mencatat masa keempat terpantas dengan lakaran 1:29.521s. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini