PUTRAJAYA 14 Okt. – Hakimah Mohd.Yusoff telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang dikosongkan oleh Datuk Mohamad Nordin Ibrahim yang telah dilantik sebagai Ketua Pengarah bermula 17 Mei lalu. Ketua Unit Komunikasi Korporat Jakim, Zakaria Othman berkata, Hakimah merupakan pegawai hal ehwal Islam (PHEI) iaitu wanita pertama yang dilantik memegang jawatan tersebut. Katanya, beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah di Universiti Malaya…










