PUTRAJAYA – Beratus-ratus pemandu teksi akan mengadakan demonstrasi secara besar-besaran sekiranya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkeras enggan bertemu mereka bagi menyelesaikan cadangan untuk menggunakan perkhidmatan e-hailing, GrabCar sebagai pengangkutan perantara ke stesen Transit Aliran Massa (MRT).
Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn. Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, jika tiada jawapan diterima menjelang tempoh 24 jam, satu demonstrasi secara besar-besaran akan diadakan di seluruh negara bagi membantah cadangan tersebut.
“Kenapa Grab? Kenapa bukan 45 syarikat teksi milik Malaysia digabungkan sekali? Kalau Grab sahaja dibenarkan, apa akan jadi kepada pemandu teksi yang dari pagi sampai malam beratur guna meter di semua stesen MRT dan Transit Aliran Ringan (LRT)?
“Kita tidak boleh bercakap dengan Tony Pua (Setiausaha Politik Menteri Kewangan) atau orang lain. Kita kena bercakap dengan Guan Eng. Kenapa Setiausaha Politik lebih berkuasa daripada Guan Eng. Adakah dia mempunyai kuasa untuk bercakap mengenai semua perkara ini?” katanya pada sidang akhbar selepas menyerahkan memorandum bantahan berkaitan perkara itu di Kementerian Kewangan di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










