ISTANBUL, Turki 4 Okt. – Seorang pelajar Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) yang diterima melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana di sebuah universiti di pusat bandar ini membuktikan universiti yang berkonsepkan wakaf di Perlis itu, diiktiraf di peringkat antarabangsa. Fatimah Mohd. Yunos, 26, berkata, beliau yang berkelulusan Sarjana Muda Perbankan Islam dan memperoleh keputusan cemerlang Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.98 itu, kini melanjutkan pengajian di Universiti Fatih Sulaiman Mehmet Vakif…










