CHORZOW, Poland 15 Okt. – Itali terpaksa menanti sehingga minit kedua waktu kecederaan untuk meraih kemenangan pertama di bawah jurulatih Roberto Mancini ketika menewaskan Poland 1-0 dalam Liga Negara-Negara Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), hari ini. Ketika perlawanan seperti akan berakhir seri 0-0, Cristiano Biraghi menghidupkan harapan skuad Azzurri dalam Kumpulan 3, sekali gus memberi sedikit keceriaan buat penyokong yang masih meratapi kegagalan layak ke Piala Dunia 2018. Sejak dilantik…










