PONTIAN 7 Okt. – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu meneruskan projek pembinaan dua buah jambatan di dua kampung dalam daerah ini kerana kemudahan itu mendesak dan amat diperlukan. Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pembatalan kedua-dua projek di Kampung Sepah Beruang dan Kampung Parit Markom itu menyukarkan penduduk setempat. “Kerja-kerja bagi kedua-dua projek ini sudah mencapai 15 peratus perlaksanaan tetapi ditangguhkan tanpa menyatakan sebab-sebab mengapa dibatalkan oleh kerajaan…










