Ganja bukan sumber pendapatan - Utusan Malaysia

Ganja bukan sumber pendapatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
SAYA agak terkejut dengan kenyataan Naib Presiden Parti Amanah Negara, Husam Musa yang membayangkan tanaman tembakau akan digantikan dengan tanaman marijuana kelak susulan cadangan penggunaan ganja untuk kesihatan di negara ini.

Saya sebagai orang sains, menyokong penuh agenda aplikasi perubatan apa jua tumbuhan termasuk kanabis bagi merawat penyakit tetapi itu pun jika ada satu sistem ketat bagi mengelakkan penyalahgunaan mahu pun cubaan menjadikannya sebagai ‘dadah rekreasi’ seperti di Amerika Syarikat.

Memang tumbuhan yang menghasilkan dadah atau ganja sebenarnya mempunyai banyak potensi perubatan malah ada beberapa kajian telah membuktikan keberkesanan minyak kanabis dalam rawatan penyakit kemerosotan sel saraf.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun, apa yang dicadangkan warga kesihatan dan pengkaji saintifik Malaysia ialah penanaman, kajian dan pengeluaran produk perubatan berasaskan kanabis yang perlu dikawal ketat oleh agensi kerajaan, bukannya dijadikan tanaman ruji sumber pendapatan rakyat.

Saya berharap ahli politik lebih cerdik dalam bercakap khususnya melibatkan perihal sensitif seperti penyalahgunaan dadah.

SAINTIS MUDA

Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini