Food Bank Malaysia ke seluruh negara - Utusan Malaysia

Food Bank Malaysia ke seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Kementerian Perdaga-ngan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berhasrat memper­luaskan program Food Bank Malaysia ke semua negeri sebagai langkah membantu golongan yang memerlukan.

Menterinya, Datuk Seri Sai­fuddin Nasution Ismail berkata, menerusi program tersebut, be­berapa pihak termasuk pe­ngurusan pasar raya serta pe­ngusaha hotel akan mengumpul lebihan makanan yang masih elok untuk diagihkan kepada golongan sasaran.

“Program ini telah dilaksanakan di Melaka, Pulau Pinang, Johor, Negeri Sembilan serta peringkat Wilayah Persekutuan, hari ini.

“November ini kita akan me­lancarkan program tersebut di Kelantan dan menyasarkan se­mua negeri melaksanakan program berkenaan selewat-lewatnya tahun hadapan,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas merasmikan pro­gram Food Bank Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan di pasar raya AEON Big, Wangsa Maju di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Urusan AEON Big (M) Sdn. Bhd., Masayoshi Masuda.

Dalam majlis tersebut, seba­nyak 202 penerima terdiri daripada golongan kurang berkemampuan, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal serta warga emas menerima pelbagai bara­ngan keperluan isi rumah sumbangan pasar raya AEON Big.

Tambah Saifuddin, melalui program tersebut kementerian berjaya menyelamatkan kira-kira 869 tan metrik makanan daripada pembaziran dan seterusnya disumbangkan kepada 25,000 isi rumah yang memerlukan.

“Antara makanan yang diagihkan ialah sayur-sayuran, roti, kek serta buah-buahan dan pengagihan ini dilakukan setiap hari mengikut kawasan yang akan dipersetujui nanti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN