Mengulas mengenai perancangannya untuk meneroka lebih jauh lapangan seni suara sementelah menyandang status juara dunia, pemegang Ijazah Kejuruteraan Telekomunikasi lepasan Universiti de Nice, Perancis itu berharap pintu rezeki karier nyanyiannya selepas ini terbuka luas. Menerima undangan untuk berpadu vokal dengan seorang artis rakaman dari Filipina, Syafeek Ikhwan melihat tawaran untuk merakamkan lagu duet dengan bintang baharu itu adalah peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan. “Tawaran tersebut datangnya daripada wakil pengurusan…










