Emphasise tawar harga iklan mampu milik untuk PKS dan IKS - Utusan Malaysia

Emphasise tawar harga iklan mampu milik untuk PKS dan IKS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) kini berpeluang mempromosi produk menerusi pakej pengiklanan papan iklan LED mampu milik di bawah program ‘Malaysia Celebration Package.

Program yang dicetuskan oleh syarikat pengiklanan Emphasise Communication Sdn Bhd (Emphasise) itu mampu merancakkan peluang perniagaan PKS dan IKS menerusi promosi produk masing-masing.

Ketua Pegawai Operasi Emphasise, Jeffrey Tham berkata, bagi menjayakan program tersebut Emphasise akan berkerjasama dengan tiga syarikat penyedia platform hubungan perniagaan iaitu Vconnect, Flipbizz dan World Gourmet.


“Kolaborasi ini mampu memberi faedah buat ahli-ahlinya terutama syarikat berskala kecil dan sederhana kerana harga yang kami tawarkan adalah sangat rendah dan mampu milik.


“Usaha ini boleh membantu syarikat-syarikat ini untuk membawa perniagaan mereka ke tahap yang lebih berprestij,” ujarnya kepada Utusan Online selepas mewakili Emphasise menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama tiga syarikat tersebut hari ini.

Dalam majlis MoU tersebut Vconnect diwakili, Pengerusi syarikat, Ivlyn Tan; World Gourmet diwakili Peggy Chong dan Flipbizz diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Ho Kim Hong.


Sementara itu Ivlyn berkata, kerjasama itu membuka satu lagi peluang bagi syarikatnya untuk memperkenalkan dan memperluaskan perniagaan ke pringkat lebih tinggi.

“Dengan kadar pengiklanan yang sangat rendah ini memberi peluang kepada syarikat saya untuk menarik lebih ramai pelanggan.


“Bukan itu sahaja dengan adanya MoU ini saya dapat meluaskan perniagaan saya ke peringkat seterusnya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN