KUANTAN – Dua lelaki anggota Geng Along berusia 21 tahun ditahan polis selepas dipercayai terlibat 12 kes samun dan ragut di sekitar daerah ini pada sepanjang tempoh tiga bulan sejak Julai lalu. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Noor Yusuf Ali berkata, kedua-dua penganggur itu ditahan di sebuah rumah di Taman Kempadang Makmur 1 di sini pada pukul 2.45 petang, 22 September lalu. Mohd. Noor menambah, melalui tangkapan itu,…










