ALOR SETAR 8 Okt. – Dua lelaki maut selepas kereta Proton Wira yang dinaiki dirempuh sebelum dihempap sebuah treler di Jalan Sungai Lalang, Bukit Selambau, Sungai Petani, di sini petang tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, kedua-dua mangsa yang masih belum dikenal pasti identiti berkenaan disahkan maut di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, siasatan awal mendapati…










