PADANG BESAR – Seorang cucu lelaki berusia 16 tahun sanggup menjadikan rumah neneknya sebagai lokasi menghisap dadah syabu sejak lebih setahun lalu di Santan di sini. Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perlis, Azizah Ahmad berkata, remaja yang masih bersekolah itu ditahan bersama rakannya yang berusia 13 tahun dalam Ops Aduan malam semalam. “Semasa ditahan, mereka berdua sedang asyik menagih dadah. Siasatan awal mendapati, remaja itu tinggal bersama neneknya yang berusia…










