KUALA LUMPUR 11 Okt. – Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB), Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH) menggariskan empat prosedur operasi standard (SOP) bagi melancarkan pengurusan dan penyelenggaraan bangunan untuk komuniti strata sekitar ibu negara. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, SOP ini bertujuan membantu pemilik merujuk kepada pihak yang tepat seperti Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) bagi menyelesaikan masalah pemilikan strata mereka. “Dua daripada…










