Cari mangsa taufan dari rumah ke rumah - Utusan Malaysia

Cari mangsa taufan dari rumah ke rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO BEACH, FLORIDA 13 Okt. – Jumlah mangsa yang terkorban akibat taufan Michael me­ningkat kepada 17 orang di empat buah negeri ketika usaha para penyelamat terjejas dengan masalah bekalan elektrik dan komunikasi yang terputus.

Pasukan mencari dan menyelamat terpaksa menggunakan anjing pengesan mayat, dron dan peralatan berat untuk mencari mangsa di Florida Pandhandle.

Ketua Bomba Miami yang mengetuai pasukan ber­kenaan, Joseph Zahralban berkata, pihaknya menemukan seorang mangsa yang telah meninggal dunia di celah runtuhan di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Syerif Lou Roberts pula berkata, tiga lagi mangsa yang terkorban dilaporkan ditemukan di Marianna, daerah Jackson, Florida.

Jumlah mangsa yang terkorban dijangka meningkat ketika para penyelamat bergerak dari rumah ke rumah dan membersihkan sisa runtuhan di sini serta kawasan pantai Florida seperti Port St. Joe dan Panama City.

Pengurus Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA), Brock Long berkata, pihaknya masih belum dapat memasuki kawasan yang pa­ling teruk terjejas.

Mangsa yang terkorban termasuklah sekurang-kurangnya lapan orang di Florida, Virginia (lima) dan tiga lagi di North Carolina serta seorang mangsa di Georgia.

Petugas FEMA terpaksa menggunakan jentolak dan peralatan berat lain untuk membuat laluan melalui runtuhan bagi memboleh petugas mencari mangsa di celah runtuhan menggunakan anjing pengesan terlatih. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini