KOTA TINGGI – Seorang pekerja buruh binaan warga Bangladesh maut selepas dia dihempap batu konkrit ketika melakukan kerja-kerja membina jambatan di Jalan Pengerang ke Sungai Rengit, Pengerang di sini semalam. Dalam kejadian pukul 9.40 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Ainul Hoque, 42, ditemui tertimbus di bawah konkrit dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan pada anggota badan. Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Azlan Mohd. Sobberi berkata, penyelia di tempat kerja mangsa memaklumkan bahawa ketika kejadian hanya terdapat seorang pekerja di kawasan berkenaan. “Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya