KUALA LUMPUR 11 Okt. – Pemain Amerika Syarikat (AS), Bronson Burgoon beraksi cemerlang dengan mendahului saingan hari pertama kejohanan golf CIMB Classic yang berlangsung di TPC Kuala Lumpur, Bukit Kiara, di sini hari ini dengan kelebihan satu pukulan. Pemain berusia 31 tahun itu melakukan lapan birdie dan satu bogey selain meraih satu eagle di lubang ke-18 untuk catatan 63 pukulan, sembilan di bawah par untuk mengatasi rakan senegaranya, Austin Cook yang…










