Bubur asyura tiram jadi perhatian - Utusan Malaysia

Bubur asyura tiram jadi perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 6 Okt. -Bubur Asyura campuran tiram mencuri perhatian orang ramai yang mengunjungi Program Asyura 2018 anjuran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Kelantan di sini hari ini.

Proses memasak bubur tersebut diketuai pembekal tiram mentah, Musa Daud, 59, atau dikenali dengan Pak Weil Tiram.

Menurut Musa, bubur pertama seumpamanya berperisa tiram itu dihasilkan dengan campuran 20 kilogram beras, telur serta jagung.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya bersama beberapa pekerja saya mengambil masa selama lapan jam untuk memasak bubur asyura.

“Saya gembira dan puas hati apabila orang ramai memuji keenakan bubur asyura yang dihasilkan oleh kami ini,” katanya

Program itu turut melibatkan pelbagai pihak lain seperti Persatuan Penggguna Malaysia (PPM), Syarikat Bina Paint, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Komuniti Klinik Taman Uda, Takaful Ikhlas, Marlindo Bisness dan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Antara yang hadir, Pengerusi PBSM, Tuan Ghozali Tuan Long, Presiden Persatuan Pengguna Malaysia (PPM), Datuk Seri Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani dan Pengurus Besar Bina Paint Kelantan, Hasnazim Md. Nor.

Selain bubur asyura tiram, sebanyak 10 kawah juadah itu telah dimasak oleh lebih 500 peserta bermula 8 pagi dan berakhir kira-kira 4 petang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini