Buat permohonan dan setuju jika guna 'nama pelik' - JPN - Utusan Malaysia

Buat permohonan dan setuju jika guna ‘nama pelik’ – JPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Ibu bapa yang ingin mendaftarkan nama anak mereka dengan nama yang tidak digalakkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) perlu mengemukakan permohonan dengan menyatakan persetujuan untuk menggunakan nama itu.

Dalam satu kenyataan, JPN berkata, pihaknya mengkategorikan penamaan kanak-kanak yang dilarang kepada dua kategori iaitu Nama Yang Ditegah dan Nama Yang Tidak Sesuai.

Ia menjelaskan Nama Yang Ditegah adalah seperti nama gelaran, keturunan, lucah, bermaksud buruk, initials dan ringkas manakala Nama Yang Tidak Sesuai adalah seperti nama binatang, lucu, buah-buahan, peralatan, huruf atau angka atau gabungan kedua-duanya dan nama yang tidak elok maknanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“JPN tidak meletakkan syarat khusus dalam pemberian nama kanak-kanak oleh ibu bapa.

“Keputusan untuk pemberian nama kepada kanak-kanak adalah bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa atau pemaklum kelahiran itu. Nama yang diberikan oleh ibu bapa bergantung kepada individu itu dan adalah subjektif. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini