Kira-kira satu dasawarsa lalu, dia hanya seorang anak muda berusia awal 20-an yang mencuba nasib dalam program realiti, Mentor musim ketiga. Ketika itu, Black atau nama lengkapnya, Hanifah Md. Hanafiah tidak kurang dipandang rendah kerana tiada wajah komersial dan fizikal yang biasa-biasa sahaja. Bagaimanapun, dia berjaya memperdagangkan satu elemen yang paling penting dalam industri seni tanah air iaitu bakat. Dengan vokal mantap serta peribadi merendah diri, dia berjaya diangkat sebagai…










