BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 12 OKTOBER 2018 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 12 OKTOBER 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG tidak terkejut dengan kenyataan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang tidak akan memberi tekanan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam Bajet 2019. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, CUEPACS tidak mengemukakan tuntutan khusus berkaitan gaji, elaun dan faedah lain.

Kakitangan awam lebih memahami masalah yang sedang dihadapi oleh ‘majikan’ mereka. Ini petanda yang baik. Biarlah kerajaan sendiri menimbangkan sama ada penjawat awam perlu diberi ganjaran, penghargaan atau sebaliknya. Apa yang penting sebarang keputusan tidak akan mengabaikan kebajikan penjawat awam terutama yang dikategorikan ‘golongan miskin bandar’.

Walau bagaimanapun kerajaan diminta memberi perhatian terhadap keperluan kakitangan awam memiliki kediaman sendiri. Isu lama yang tidak pernah selesai. Harga rumah mampu milik masih dianggap mahal walaupun di bawah RM200,000.

Difahamkan banyak rumah yang siap dibina tetapi tidak terjual kerana unit-unit berkenaan terlalu mahal antara RM500,000 hingga RM1 juta. Justeru, berilah tumpuan kepada rumah yang mampu dibeli.

Awang percaya terdapat beberapa faktor yang boleh menurunkan harga rumah. Dalam hubungan ini, penubuhan jawatankuasa kawalan kos dan harga rumah amat dialu-alukan. Jawatankuasa dianggotai pelbagai pihak termasuk pemaju boleh merumuskan jenis rumah serta harga yang lebih munasabah.

AWANG – Faham masalah majikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN