AWANG ingin mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika menerima panggilan telefon daripada pemanggil atau nombor yang tidak dikenali. Panggilan paling popular ketika ini adalah daripada agensi penguat kuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Mangsa yang menjawab panggilan akan cemas lebih-lebih lagi jika ‘agensi’ berkenaan mempunyai hubung kait dengan siasatan dan pendakwaan salah laku rasuah, tindakan mahkamah atau kesalahan trafik. Sindiket bijak mengambil kesempatan…










