BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 1 OKTOBER 2018 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 1 OKTOBER 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG tidak pasti sejauh mana UMNO boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap wakil rakyatnya yang meninggalkan parti selepas memenangi pilihan raya umum (PRU) lalu. Walaupun jika ada sebarang perjanjian antara parti dan calon berkenaan, bagaimana pula dengan peruntukan undang-undang?

Mungkin sukar untuk meminta wakil rakyat berkenaan mengosongkan kerusi yang dimenangi setelah status mereka yang melompat bukan lagi anggota parti. Benar, wakil rakyat berkenaan telah menyusahkan parti. Banyak kos yang ditanggung semasa PRU. Bukan soal kewangan sahaja tetapi rasa kecewa dan marah penyokong dan pengundi juga harus diambil kira.

Jalan keluar bagi isu ini hanyalah kejujuran dan keikhlasan wakil rakyat berkenaan. Mereka perlu menilai semula sama ada majoriti pengundi memilih parti atau calon. Jika kerana parti, tindakan yang lebih bermaruah ialah mengosongkan kerusi tanpa perlu ke mahkamah.

Dalam hal ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu melihat sama ada peruntukan undang-undang yang lebih jelas dan adil diwujudkan. Mungkin kerusi dikosongkan dan diisi semula oleh parti yang menang. Walaupun perkara ini urusan parti tetapi hanya undang-undang dapat menghalang langkah sedemikian berulang.

Awang juga berharap SPR turut melihat semula tindak-tanduk wakil rakyat yang sengaja mengosongkan kerusi. Pengosongan perlu dilakukan dengan sebab yang kukuh supaya tindakan seumpama itu tidak dilihat mempermainkan pilihan raya dan membazirkan wang rakyat.

AWANG – Tidak mudah melompat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN