SEBENARNYA selain pekerjaan yang memberikan pendapatan tetap, banyak lagi kerja sambilan di rumah yang boleh menjana duit. Contohnya, sebagai penterjemah, menjahit pakaian, mengeluarkan produk makanan, membuat produk penjagaan diri berasaskan bahan-bahan semula jadi dan membuat aksesori. Pekerjaan sambilan yang dilakukan sebagai hobi ini juga menjanjikan pulangan lumayan dan boleh digunakan bagi membayar bil bulanan. Beruntunglah bagi mereka yang memiliki kemahiran atau kepandaian yang boleh digunakan bagi mencari pendapatan. Pokok…










