Tiada apa-apa yang mengejutkan apabila Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed membuat keputusan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas kira-kira sebulan meninggalkan UMNO yang dianggotainya selama 40 tahun. Malah jangan ada pihak mencemuh tindakan Mustapa atau Tok Pa kerana seperti mana kata beliau, kemasukannya ke dalam Bersatu bagi membolehkan “saya memainkan peranan yang lebih berkesan bagi membela kepentingan pengundi saya di Jeli dan rakyat Kelantan.” Justeru pengundi di Jeli dan rakyat Kelantan perlu berasa bertuah kerana selepas ini mereka pasti akan menikmati pembangunan dan kesejahteraan yang mengagumkan kerana…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya