BERGELUMANG dengan lumpur dan selut, itulah cabaran pencari makanan popular di Sabak Bernam dan Sekinchan, Selangor iaitu mentarang. Mentarang adalah hidupan laut yang tinggal dalam tanah selut, tidak berpindah-randah kecuali bergerak dari atas sehingga ke bawah. Habitatnya memang hanya dalam tanah dari kecil hinggalah dewasa. Makanannya hanyalah plankton dan haiwan-haiwan yang lebih kecil. Semakin dewasa mentarang semakin dalam kedudukannya di dalam tanah. Oleh kerana habitatnya hanyalah setempat, mentarang mudah dicari…










