KOTA BHARU 6 Okt. – Penggerak pertubuhan belia yang sudah melepasi ‘umur’ diminta tidak mensia-siakan pengalaman mereka sebaliknya terus aktif berkhidmat dalam masyarakat. Timbalan Presiden Alumni 4B Malaysia, Syed Azmi Syed Nazir berkata, pihaknya amat mengalu-alukan penyertaan ramai dalam pertubuhan itu terutamanya mereka yang pernah terlibat dalam Pertubuhan Belia 4B. Beliau berkata, sehingga kini terdapat 25,000 ahli Alumni 4B di seluruh negara dengan bilangan tertinggi adalah dari Kelantan iaitu hampir…










