BAJET 2019 yang akan diumumkan pada 2 November 2018 oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia walaupun di lihat “belanjawan sukar” dan juga “tiada janji manis” tetapi diharapkan tidak menjejaskan usaha pembangunan modal insan berkemahiran yang menjadi tonggak utama pembangunan ekonomi negara. Dalam hal ini. Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) menaruh harapan agar belanjawan kali ini banyak memfokuskan kepada soal meningkatkan kemahiran pekerja tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada…