KEPESATAN dalam pembangunan teknologi sudah pasti akan memberikan cabaran baharu kepada majikan serta pekerja yang akan terdedah kepada persekitaran pekerjaan yang berbeza. Pada masa ini kita telah pun melangkah ke dalam Revolusi Industri Keempat atau IR4.0, yang mana komputer dan peranti pintar saling berhubungan. IR4.0 juga merupakan era Internet-of-Things (IoT) yang mana peranti dunia fizikal turut mempunyai kehadiran digital di internet dan dijangkakan berpuluh-puluh bilion peranti ini bakal disambungkan ke…










