Banjir landa Baling lagi, 49 penduduk terjejas - Utusan Malaysia

Banjir landa Baling lagi, 49 penduduk terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 14 Okt. -Sebanyak tiga pusat pemindahan dibuka di Baling membabitkan 49 mangsa daripada 14 keluarga berikutan hujan lebat sejak petang semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd. Faizol Ab. Aziz berkata, pusat pemindahan yang dibuka ialah di Dewan Komuniti Kampung Banggol Derom, dewan orang ramai Batu 48 dan Surau Kampung Lahar.

Katanya, mangsa yang berpindah membabitkan tujuh kampung iaitu Kampung Lalang, Kampung Siput, Kampung Bandar, Kampung Paya, Kampung Chenerai, Kampung Banggol Deram dan Kampung Jenalik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dewan Komuniti Kampung Banggol Derom merupakan pemindahan pertama dibuka pada kira-kira pukul 10.40 malam tadi membabitkan 20 mangsa daripada empat keluarga.

“Dua lagi pusat pemindahan masing-masing dibuka pada pukul 2 pagi tadi membabitkan 10 keluarga,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari.

Tambahnya, orang ramai yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Pejabat APM di talian 04-4701546 atau Bilik Gerakan APM (24 Jam) di nombor 04-4701626. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini