Bajet 2019 mesra perniagaan - Utusan Malaysia

Bajet 2019 mesra perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 26 Okt. – Peruncit kelengkapan rumah, Ikea Malaysia, berharap Bajet 2019 akan mesra perniagaan untuk membolehkan syarikat itu meneruskan pelan peluasannya di negara ini.

Timbalan Pengarah Runcit Ikea bagi Asia Tenggara, Gerard Jansen berkata, belanjawan yang mendorong perniagaan turut akan mengupayakan pihaknya untuk terus mencari pendekatan harga lebih mampu milik bagi produk Ikea dalam usaha mewujudkan kehidupan seharian yang lebih baik bagi rakyat Malaysia.

“Sudah pasti, dalam mana-mana perniagaan, kita juga perlu mempertimbangkan keuntungan, oleh itu sebarang langkah yang boleh membantu mengekalkan pertumbuhan kami amatlah dialu-alukan.

“Justeru itu, saya berharap ia akan kekal sebagai belanjawan yang mesra perniagaan,” katanya kepada Bernama ketika ditanya mengenai harapan Bajet 2019 semasa di luar sambutan ulang tahun ke-75 Ikea di sini baru-baru ini.

Bajet 2019 akan dibentangkan di Parlimen pada 2 November ini.

Mengenai pandangan terhadap persekitaran perniagaan di Malaysia selepas Pakatan Harapan menerajui kerajaan setelah memenangi pilihan raya umum pada 9 Mei lepas, Jansen berkata, masih terlalu awal untuk memberi penilaiannya.

“Saya berpandangan kita perlu menunggu sehingga pembentangan Bajet 2019 untuk memastikan bagaimana persekitaran yang menyokong perniagaan akan terbentuk,” katanya.

Setakat ini, Ikea mempu­nyai tiga cawangan di Malaysia iaitu di Mutiara Damansara di sini, Cheras (Kuala Lumpur) dan Johor Bahru manakala yang keempat di Batu Kawan, dijadualkan dibuka pada Mac 2019.

Syarikat perabot utama itu juga telah melancarkan cawangan dalam talian untuk melengkapkan outlet fizikalnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN