Ayah bebas, 
anak pula ditahan - Utusan Malaysia

Ayah bebas, 
anak pula ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Okt. – Kehadiran anak Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk mengambil bapanya yang dibebaskan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyaksikan dia pula ditahan.

SUSPEK
SUSPEK 

Suspek berusia 24 tahun itu ditahan di Ibu pejabat SPRM, Put­rajaya kira-kira pukul 12 tengah hari ini susulan soal siasat SPRM terhadap seorang lelaki bergelar ‘Datuk Indera’ yang ditahan reman Rabu lalu.

Susulan penahanan kedua-dua suspek itu menjadikan seramai lima individu telah direman dan disiasat SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes menerima rasuah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut sumber, anak Abdul Azeez dan lelaki berusia 40 tahun itu dikatakan telah bertindak sebagai proksi kepada ahli Parlimen terbabit.

Kata sumber, selain itu mereka juga dipercayai mewujudkan sebuah syarikat yang tidak aktif, namun setiap bulan terdapat aliran kewangan sehingga mencecah jutaan ringgit.

“Siasatan lanjut mendapati kedua-dua mereka berperanan sebagai runner dalam menguruskan perpindahan wang rasuah membabitkan syarikat kontraktor yang mendapat projek kerajaan secara terus.

“Selain itu, anak Ahli Parlimen Baling tersebut juga dikatakan mempunyai wang tunai yang disimpan di sebuah tempat tidak diketahui,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, sumber memberitahu, siasatan SPRM tidak menolak kemungkinan terdapat penglibatan beberapa lagi individu lain yang dijadikan proksi.

“Kebanyakan proksi kepada Abdul Azeez adalah keluarga dan rakan terdekatnya yang membantu menerima wang rasuah daripada syarikat kontraktor terlibat sebelum wang terbabit digunakan sebagai dana politik ahli Parlimen berkenaan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan SPRM ketika ini mengikut Sek­syen 16 Akta SPRM 2009 dan perintah reman terhadap individu tersebut itu akan dilakukan esok,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini