Armada Bersatu buat laporan polis terhadap 3 akaun Fb - Utusan Malaysia

Armada Bersatu buat laporan polis terhadap 3 akaun Fb

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 12 Okt. – P arti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri hari ini membuat laporan polis terhadap tiga akaun laman sosial Facebook (Fb) yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan provokasi terhadap Menteri Besar, Datuk Osman Sapian.

Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu negeri, Shaiful Rizal Mohd. Salleh di Balai Polis Sentral di sini pukul 9.32 pagi ini.

Saiful Rizal berkata, tiga pemilik akaun laman sosial Fb itu adalah Ops Johor, Johor Press.com dan Afiq KLtown Channel.

“Antara kenyataan berunsur fitnah dan provokasi yang terdapat dalam laman sosial berkenaan adalah #osmanpengkhianat, “Menteri Besar Johor memecat ketua kampung kerana mereka bukan penyokong Pakatan Harapan” serta menuduh Menteri Besar mengamalkan politik dendam sehingga membantutkan pembangunan rohani dan jasmani negeri Johor.

“Justeru, saya memohon agar isu ini disiasat secara menyeluruh dan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap perkara ini,” katanya di Ibu pejabat Bersatu negeri di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN