MANAMA 27 Okt. – Arab Saudi akan mendakwa suspek pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi di negara itu sebagai reaksi kepada permintaan Ankara yang mahu mereka diekstradisi ke Turki. Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir berkata, berhubung isu ekstradisi dibangkitkan Turki, kesemua individu berkenaan merupakan rakyat tempatan dan ditahan di Arab Saudi. “Siasatan dilakukan di Arab Saudi begitu juga mereka akan didakwa di Arab Saudi,” kata Adel pada satu forum pertahanan serantau di Bahrain, hari ini. Komen Adel dibuat pada hari yang sama Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan meminta kesemua 18 suspek…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya