RAJA pecut Sukan Malaysia (Sukma) 2018, Muhammad Aqil Yasmin menyasarkan pingat emas berganda buat Malaysia dalam acara 100 meter (m) dan 200m pada Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2018 di Naypyidaw, Myanmar bermula 10 Disember depan. Aqil yang akan genap usia 21 tahun Ahad ini, sedar ia bukan tugas mudah untuk menjuarai acara 100m yang pernah dimenangi pelari pecut kebangsaan, Jonathan Nyepa dengan catatan masa 10.62 saat (s) sewaktu AUG 2016 di Singapura. Pingat emas acara 200m edisi dua tahun lalu itu dimenangi jaguh pecut Thailand, Jirapong Meenapra dengan catatan 20.99s.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya