Apa sumbangan Tok Pa kepada rakyat Kelantan? - Utusan Malaysia

Apa sumbangan Tok Pa kepada rakyat Kelantan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed tidak mempunyai sebarang sumbangan ketara kepada masyarakat bumiputera dan rakyat Kelantan sepanjang menerajui beberapa kementerian sebelum ini.

TAJUDDIN

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, ramai menyifatkan Mustapa sebagai seorang pe­mimpin hebat tetapi pe­mimpin yang hebat adalah diukur menerusi sumbangan dan jasa diberikan seseorang pemimpin itu.

“Mustapa atau lebih dikenali Tok Pa, percaya masuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ko­nonnya da­pat berkhid­mat lebih baik kepada pengundi dan rakyat Kelantan sekiranya bersama kerajaan Pakatan Harapan (PH). Namun realitinya biar masa menentukannya nanti.

“Beliau berada dalam kerajaan sebelum ini malah sebagai menteri, apa jadi dalam tempoh itu? Apa pembangunan beliau bawa untuk pengundi serta rak­yat Kelantan? Ketika menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berapa banyak beliau bantu terhadap orang Melayu dan bumiputera,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Sebelum ini, Mustapa menjelaskan, tindakannya menyertai Bersatu adalah bagi berperanan lebih berkesan untuk membela kepentingan pengundi­nya di Jeli dan rakyat Kelantan.

Tajuddin berkata, bukan soal hanya ketika berada dalam kerajaan barulah boleh memberi sumbangan berkesan tetapi semua­nya adalah berkenaan komitmen diri sendiri untuk memberi yang terbaik kepada rakyat.

“Setakat ini kita tidak lihat kejayaan yang banyak menerusi pe­ranannya sebagai menteri dalam kerajaan terdahulu,” ujarnya.

“Itu bukan salah kerajaan Barisan Nasional, beliau dilantik untuk menerajui banyak kementerian tetapi tidak melakukannya. Tengoklah nanti, masa akan menentukan sama ada beliau dapat memenuhi jangkaan yang, telah diletakkan terhadapnya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN