Apa cerita Puchong, Simpang Renggam? - Najib - Utusan Malaysia

Apa cerita Puchong, Simpang Renggam? – Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Okt. – Nampaknya kerajaan hari ini terus memberi `peluru’ kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk konsisten mengkritik pentadbiran mereka.

Misalnya kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini yang mengakui tidak mungkin wujud lebuh raya tanpa kutipan tol sememangnya menjadi `bola tanggung’ kepada Najib.

Masakan tidak, Pakatan Harapan (PH) menjaja di pentas-pentas ceramah sama ada sebelum atau semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kononnya pemansuhan tol antara agenda mereka tetapi hari ini diakui tidak mungkin pula dilakukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lebih membingungkan apabila Dr. Mahathir mengakui bahawa beliau sendiri sebenarnya tidak bersetuju dengan manifesto itu kerana menjadi beban besar.

Najib bagaimanapun tidak melepaskan peluang itu apabila menyindir kenyataan Dr. Mahathir menerusi hantaran dalam akaun Facebook beliau.

“Dulu sebelum jadi kerajaan, janji hapus tol. Siap kata kerajaan cuma perlu berapa ringgit je untuk buat sedemikian.

“Hari ini jadi kerajaan, baru cakap mustahil lenuh raya tanpa tol. Inilah yang berlaku bila berjanji bukan ikhlas untuk rakyat tetapi semata-mata tamakkan kuasa,” katanya.

Najib dalam pada itu memulangkan paku buah keras kepada dua pemimpin PH yang dilihat kuat berkempen pemansuhan tol sebelum menjadi kerajaan.

“Bukan main memekik Puchong (Gobind Singh Deo) dan Simpang Renggam (Dr. Maszlee Malik) sampai buat video dan poster berjuta-juta orang `like’ dan tonton.

“Hari ini, apa cerita?” soal beliau sinis. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini