Anwar tidak berhasrat sertai Kabinet - Utusan Malaysia

Anwar tidak berhasrat sertai Kabinet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Okt. – Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berhasrat menyertai Kabinet selepas dilantik menjadi ahli Parlimen.

Presiden PKR itu berkata, sebaliknya, beliau akan memberi sumbangan kepada kerajaan melalui pandangan dan kerjasama dengan Perdana Menteri dan barisan menteri.

“Tidak, saya telah beritahu Tun Dr. Mahathir Mohamad, saya hanya akan bantu dan berikan sumbangan melalui Parlimen.

“Dan sudah tentu saya akan berinteraksi bersama menteri dan ahli Parlimen kerana ia sudah menjadi sebahagian kerja ahli Parlimen,” katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN