PORT DICKSON 1 Okt.- Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober ini dengan majoriti yang besar. Jelas Anwar, beliau tidak mahu memandang mudah persaingan yang diberikan oleh calon-calon bertanding yang lain dan menolak anggapan ramai bahawa dirinya pasti menang dalam PRK kali ini. Sehubungan itu, kata Anwar, tempoh berkempen akan digunakan oleh beliau sepenuhnya untuk turun ke akar umbi…