PORT DICKSON 11 Okt. – Lagu bertajuk ‘Tinggi Gunung Seribu Janji’ nyanyian penyanyi Indonesia, Hendri Rotinsulu menjadi pilihan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membangkitkan semangat dalam pertemuannya dengan kumpulan Reformis 98 Negeri Sembilan di sini, hari ini. Secara santai, Anwar menyanyikan semula lagu tersebut dengan mengubah sedikit lirik agar relevan dengan perjuangan 20 tahun reformasinya. “Memang lidah tak bertulang, tak berbekas kata-kata,, tinggi gunung seribu janji, lain di…










