PORT DICKSON 7 Okt. – Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa bimbang sekiranya pengundi tidak keluar mengundi pada Sabtu ini kerana terlalu yakin beliau akan menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson. Menurut calon Pakatan Harapan itu, beliau tidak mahu pengundi dan penyokong PH berasa terlalu selesa dengan peluangnya dalam PRK berkenaan. “Saya runsing fikirkan orang mungkin terlalu selesa dan yakin saya akan menang dan mereka tidak keluar…










