Akta Anti Lompat Parti perlu diwujudkan - Utusan Malaysia

Akta Anti Lompat Parti perlu diwujudkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Okt. – Kerajaan perlu mewujudkan Akta Anti Lompat Parti bagi memastikan mana-mana ahli dewan undangan negeri atau ahli Parlimen yang dipilih rakyat tidak melepaskan jawatan yang dipegang tanpa sebab – sebab munasabah.

MUZAFFAR SHAH MALLOW
MUZAFFAR SHAH MALLOW 

Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Muzaffar Shah Mallow berkata, hal ini perlu diberi perhatian  serius oleh semua pihak.

Beliau berkata, akta khusus mengenai perkara ini adalah penting bagi menjamin kestabilan politik dan pentadbiran negara untuk jangka masa panjang. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekiranya mana – mana ahli dewan undangan negeri atau ahli Parlimen mengambil tindakan dengan sesuka hati mereka dengan melompat parti atau mengosongkan kerusi yang telah dimenangi oleh mereka tanpa sebarang sebab yang munasabah ini akan menyebabkan negara kita berada dalam keadaan politik yang tidak menentu. 

“Sekiranya keadaan politik negara kita tidak menentu, ia sudah pasti akan memberi impak terhadap pertumbuhan ekonomi dan pembangunan dalam negara kita,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini