ALOR SETAR 11 Okt. – Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) negeri ini merampas 68 tan beras hancur yang dianggarkan bernilai hampir RM200,000 yang dipercayai diseludup dari Thailand selepas menahan dua buah treler di Pokok Sena semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, kedua-dua treler tersebut ditahan selepas sepasukan pegawai dan anggota Aksem negeri membuat risikan hasil maklumat daripada orang ramai. Komander Aksem negeri, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, pemandu…










