Aidil Aziz nafi bertunang dengan Fasha - Utusan Malaysia

Aidil Aziz nafi bertunang dengan Fasha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR-Pelakon, Aidil Aziz menafikan telah mengikat tali pertunangan dengan aktres popular, Fasha Sandha seperti yang dihebohkan sejak minggu lalu.

Aidil, 31, bertegas, dia mahupun Fasha tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengiakan hal tersebut biarpun pelbagai spekulasi timbul.

“Berita itu tidak benar. Tiada apa-apa majlis yang berlangsung minggu lalu dan kami belum bertunang seperti yang didakwa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Buat masa sekarang, saya dan Fasha hanya berkawan rapat. Lagipun kami berdua sibuk bekerja dan fokus hanya ke arah itu untuk sementara waktu ini,”katanya ketika ditemui di majlis pra pelancaran Media House Entertainment, Wisma Trex, sebentar tadi.

Terdahulu, berita kononnya pasangan yang mulai rapat sejak tahun lalu ini sudah selamat bertunang mulai tular apabila bekas suami Fasha, Rizal Ashram memuat naik status mengucapkan tahniah kepada wanita itu di InstaStorynya.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang komen dikeluarkan oleh Fasha yang kini berada di London untuk penggambaran drama tentang berita tersebut. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×