PUTRAJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan ditahan sebelum dibawa ke mahkamah untuk didakwa esok. Khabar angin tersebut mula tersebar dalam kalangan petugas media yang berkumpul di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak pukul 8 pagi tadi. Bagaimanapun, pihak media masih menunggu kenyataan rasmi dikeluarkan oleh agensi penguatkuasaan tersebut. Ahli Parlimen Bagan Datuk itu tiba pada pukul 9.20 pagi dengan menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan…










