Ahmad Zahid hadir ke SPRM lagi esok - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid hadir ke SPRM lagi esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA  – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan hadir beri keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semula esok.

Sumber SPRM berkata, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dipanggil sekali lagi esok bagi menyambung keterangan berhubung penyelewangan dana yayasan dikaitkan dengan beliau.

Terdahulu beliau tiba pada pukul 9.20 pagi tadi dan beredar lapan jam kemudian iaitu kira-kira pukul 5.40 petang dengan menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna putih.

Memuatkan artikel berkaitan…

Anak perempuannya, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid yang turut hadir memberi keterangan keluar dari perkarangan SPRM pada pukul 4.50 petang tadi.

Turut hadir bersama Ahmad Zahid dan Nurulhidayah memberi keterangan untuk membantu siasatan semalam ialah abang tiri kepada Ahmad Zahid, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi.

Ahmad Zahid ketika diserbu media hanya berkata:

“Semuanya ok. Tiada apa-apa. Kasihan kamu (media) hujan-hujan,” katanya.

Pada Julai lalu, Ahmad Zahid dipanggil untuk memberi keterangan kepada SPRM membabitkan siasatan penyelewangan dana yayasan dikaitkan dengan beliau iaitu Yayasan Akal Budi yang digunakan bagi menjelaskan hutang kad kredit beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini