900 koperasi mikro di Selangor ditawarkan ruang pejabat - Utusan Malaysia

900 koperasi mikro di Selangor ditawarkan ruang pejabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Kira-kira 900 koperasi mikro di negeri Selangor yang bernaung di bawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) bakal memperoleh ruang pejabat sendiri melalui inisiatif Pejabat Operasi Koperasi Ahli Angkasa Selangor (Pokas) yang telah dibuka secara rasmi hari ini.

Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, ruang pejabat itu dilengkapi dengan segala kemudahan bagi ahli-ahli menjalankan aktiviti syarikat dengan tempoh sewaan yang fleksibel sama ada mengikut jam, hari, mingguan, bulanan mahupu secara tahunan.

Menurut beliau, pejabat berkenaan akan membantu koperasi-koperasi yang baru ditubuhkan dan masih tidak mempunyai ruang pejabat rasmi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jumlah koperasi di Selangor yang bernaung di bawah Angkasa adalah sebanyak 1,150 buah di mana 80 peratus daripadanya masih tidak mempunyai pejabat operasi sendiri.

“Maka dengan kewujudan Pokas ini ia akan memberikan mereka ruang yang selesa untuk bekerja, bermesyuarat dan menjalankan aktiviti koperasi yang lain dengan bayaran serendah RM25 untuk lapan jam,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Pokas di Pejabat Angkasa Negeri Selangor, Kelana Jaya dekat sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Perhubungan Angkasa Negeri Selangor, Datuk Mohd. Alias Hamzah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini