7 pusat tuisyen dan penjagaan harian didenda - Utusan Malaysia

7 pusat tuisyen dan penjagaan harian didenda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengenakan penalti berjumlah RM33,068.85 ke atas tujuh pusat tuisyen dan penjagaan harian kerana terlibat dalam aktiviti penetapan harga.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail berkata, perusahaan-perusahaan terbabit didapati telah melanggar seksyen 4 Akta 712 kerana telah membuat suatu perjanjian secara kolektif pada bulan Mei 2017 untuk menetapkan dan menyelaraskan yuran bagi perkhidmatan tuisyen dan penjagaan harian yang ditawarkan.

Katanya, kesemua pusat tuisyen dan penjagaan harian berkenaan juga dikehendaki untuk segera menghentikan kegiatan penetapan harga dan menolak perjanjian penetapan harga dengan serta-merta serta dikehendaki untuk mendaftar dan melengkapkan kursus e-pembelajaran mengenai Pematuhan Persaingan bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam tempoh satu bulan dari keputusan dikeluarkan.

“Penetapan harga merupakan kegiatan kartel yang serius.

“Kegiatan ini mengakibatkan rakyat menjadi mangsa dan memaksa pengguna membayar harga yang melampau.

“Suruhanjaya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana perusahaan yang terlibat dengan perlakuan kartel demi melindungi pengguna,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN