ALOR SETAR 20 Okt. – Lebih 50,000 penduduk dari seluruh negeri membanjiri bandar raya ini bagi menyaksikan Istiadat Perarakan dan Perbarisan Kehormatan sempena Pertabalan Sultan Sultan Kedah yang ke-29, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah. Orang ramai mula berkumpul seawal pukul 6.30 pagi di sepanjang laluan perarakan dari Dataran Wisma Darul Aman hingga ke Dataran Medan Bandar kerana tidak mahu melepaskan peluang ‘bertemu’ dengan Sultan Sallehuddin dan Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku…










